Polis sudah mengambil keterangan individu yang dipercayai membuang sampah ke dalam sungai di Sungai Wak Rabun, Pontian seperti mana tular dalam media sosial sejak tengah hari, semalam.<br /><br />Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di bandar Pontian, kira-kira jam 7 malam pada Khamis, selepas lima jam usaha mencarinya dijalankan.